Quantcast
Channel: Norazizah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 591

10 cara mengurangkan batuk semasa mengandung

$
0
0
Salam, batuk semasa hamil memang terasa amat kurang selesa. Kadang-kadang menyebabkan tidur dan aktiviti harian terganggu.
Cara mengurangkan batuk semasa mengandung
Cara mengurangkan batuk semasa mengandung


Lain orang lain caranya, bagi nor ada beberapa cara untuk mengurangkan batuk.  Di sini nor kongsikan 10 cara mengurangkan batuk semasa mengandung :)

1. Minum 1 sudu madu yang ditambah dgn asam limau nipis pagi dan petang.

2. Minum segelas air oren (yang diperah dari buah oren) sahaja atau dicampur dengan 2 sudu madu

3.  Banyakkan minum air
4. Minum teh limau atau air limas kasturi.

5. Kurangkan makanan berminyak.

6.  Makan ikan bakar :)

7. Berkumur dengan air garam - segelas air suam dan satu sudu makan garam dan kacau sehingga sebati. Gunakan air campuran garam tadi untuk berkumur dan lakukan sebelum tidur malam

8. Sapu minyak panas seperti vicks di bahagian dada.

9. Mandi air panas (suam-suam).

10. Banyakkan rehat.  Tidur awal dari masa biasa kerana semasa batuk tidur akan sering terganggu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 591

Trending Articles