PERCUTIAN 1 HARI DI JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TAKZIM
Cuti persekolahan bulan mac 2022 bawa anak-anak bercuti ke Johor Bahru (JB). Percutian 1 hari yang santai :)
Sarapan di Mersing kemudian terus bertolak ke JB.
KFC Stulang Laut, Johor Bahru
Sampai di JB terus ke destinasi makan tengah hari di KFC Stulang Laut. Dari KFC ni boleh tengok Singapore. Ada tempat parking percuma disediakan depan KFC.
Sudah menjamu selera... kami ke destinasi seterusnya. Destinasi nak tapau makanan untuk dibawa ke hotel.
JOHO, Lapo Cafe, Johor Bahru
Di sini ada tempat makan dan boleh tapau. Kami tapau kek :) Tempat parking disediakan, boleh bayar guna touch n go.
Destinasi seterusnya tempat penginapan untuk malam ini.
Hotel Grand Paragon, Johor Bahru
Tempat penginapan kali ini di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru di bilik tingkat 20. Petang ini hanya berehat di bilik hotel. Antara aktiviti di bilik hotel, solat, tengok tv, tidur, tengok laptop, tengok telefon, tengok view dari hotel, makan dan anak-anak pula bermain di bath tub.
Destinasi seterusnya makan malam. Kali ini bawa anak-anak makan malam makanan arab.
Restoran Star Hadramout
Makan malam kami di Restoran Star Hadramout. Masa sampai hujan lebat. Parking terus depan restoran. Ada staf restoran bawa payung ke kereta. Terima kasih... siap servis bawa customer dengan payung :)
Selepas menjamu selera di sini, kami nak ke kedai buku. Kebanyakan kedai dah tutup. Ada 1 kedai yang belum tutup, Popular Bookstore di The Mall Midvalley Southkey. Dah beli buku terus balik ke hotel.
Sarapan di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru
Sarapan pagi kami di bilik sahaja menggunakan room service. Sarapan dihantar ke bilik. Pagi ini anak ada kelas online. Kelas online di bilik. Hari yang sama juga Pilihanraya Negeri Johor. Terima kasih staf yang sediakan dan hantar sarapan. Servis memang terbaik.
Tengah hari kami checkout dan balik menuju ke Mersing. Percutian 1 hari di JB.